Wednesday 17 February 2016

Klinik Mediviron Bandar Bukit Mahkota : Ketahui Jenis-Jenis Scan Antenatal


1. Scan 2D
Scan biasa/ rutin.. boleh mengetahui saiz, berat, jantina, keadaan baby secara am.
boleh dilakukan bila-bila masa sepanjang tempoh kehamilan.
Sekurang-kurangnya perlu dilakukan 3 kali:
- untuk melihat kedudukan baby semasa peringkat awal kehamilan (usia kandungan 6-10 minggu)
- untuk melihat kedudukan uri dan perkembangan baby (usia kandungan 18-24 minggu)
- untuk melihat perkembangan baby, kedudukan kepala dan kandungan air ketuban (usia kandungan 36 minggu)
warna - hitam putih.
 

~ ~ ~ ~



2. Scan 3D
Scan 3Dimensi.. berwarna kuning.. (seperti yang tertera pada gambar)
gambar pegun semata2. No diagnostic value.
Sesuai dilakukan ketika usia kandungan 26-32 minggu.
 

~ ~ ~ ~ 



3. Scan 4D
Scan 3 Dimensi berbentuk video.
rakaman video 3 dimensi - boleh merakam pergerakan bayi, dan sebarang ekspresi/ memek muka yang baby tunjukkan semasa prosedur dijalankan. no diagnostic value
Dilakukan serentak semasa scan 3D dilakukan.


 ~ ~ ~ ~



4. Detail scan
Scan perkembangan baby secara lebih menyeluruh
Dari perkembangan otak sehingga kaki, tali pusat, uri, mata, mulut dan lain-lain
termasuk Doppler jika baby bermasalah.
Dilakukan untuk membuat pengesanan awal sebarang kecacatan pada fizikal atau organ dalaman baby
Memakan masa 30 minit setiap sessi
Dilakukan ketika usia kandungan 18-28 minggu


Semoga Bermanfaat :)

No comments:

Post a Comment